Powered By Blogger

Sunday, 26 June 2011

Door gift lagi...

Ini hasil terbaru kerja tangan untuk door gift @ bekas telur untuk kenduri..cuba tengok.. harga masih sama..rm2.50 per item..kalau byk, insyaallah boleh kurang..:)


inilah pandangan sisi....:)

Pandangan atas pulak...

Ini 1 set...kiranya kalau 1 set, 2.50 x 2 = rm5, tp kata owner, boleh la turun sampai rm4.50..kalau banyak sepasang ni boleh la dpt rm4..:)



Kaler boleh request. Nak order, boleh letak comment kat bawah atau email ke bigfieldgurl@gmail.com...letak nombor phone, nanti saya call..:)

Friday, 3 June 2011

Door gift @ bekar telur

Hasil dari pengubah suaian dari bekas air yang besar, maka jadilah bekas telur yang cumel ini. cukup-cukup untuk muatkan sebiji telus gred B. Telur Gred C pun boleh jugak. Selalu kalau kenduri mesti orang guna telur ayam saiz B atau gred C ja..murah sikit..:) Any how kalau ada yang nak saiz muat telur ayam gred A, boleh diuruskan, perlukan sedikit pengubahsuaian.

Ini ada contoh. Actually banyak lagi warna lain, tapi ini yang sempat diambil gambar secara 'close up'.
Ni la contoh warna kuning dan ungu.. bila masuk gambar kurang cun pulak..:)


Ha..ni pulak warna bercampur (multi colour)...i like this one...:)


Kalau ada yang nak tempah, pon boleh je...nak ikot warna tema majlis pon boleh..kalau berkenan, boleh contact saya kat email bigfieldgurl@gmail.com... macam biasa, nanti saya bagi contact orang yang buat mende ni. :)
Sila buat tempahan awal untuk elakkan kelewatan ye...:) 

Harga yang ditawarkan:
Seunit: rm2.80
Harga promosi bagi order tinggi: rm2.50
untuk multi-colour: seunit rm rm5.00 (order tinggi, boleh la kurang ke rm4.50 seunit)
*Tak termasuk kos penghantaran.

Ekspo Orang asli Malaysia, Museum Negara

Melawat ke pameran orang asli akhir april 2011, dapat jugak capture hasil tangan diorang. Hasil tangan diorang sangat kreatif, dan bahan yang digunakan boleh digunakan bagi tujuan ubatan tradisional. Orang asli memang bagus dalam menghasilkan kerja tangan dari sumber asli yang menarik, macam2 hasil yang ada dijual dekat pameran tu. Tapi malangnya, expo macam tu tak di hebahkan ke pengetahuan umum. Jadi yang mengunjungi ke pameran itu sangat lah kurang.

Di sini saya ada masukkan beberapa produk yang saya rasa menarik. Ini adalah bertujuan membantu mereka dalam memasarkan produk di atas talian (online). Sebarang pesanan, akan dihubungkan terus ke 'person incharge' di kampung.

Cuba tengok beberapa gambar yang sempat saya ambil.


Kotak, dibuat dari kertas buatan sendiri (hand made paper). Kertas dibuat dari sejenis pokok, tak ingat pulak nama pokok tu. saiz kotak dalam 3 x 3 inci, lebih kurang la. harga dalam RM20. Tapi kalau banyak, rasanya boleh kurang.

Kalau orang utara guna untuk tampi padi masa zaman dolu-dolu, tp sekarang ni ramai yg guna buat hiasan rumah. ada jugak yang guna buat isi buah. tapi terpikir satu idea untuk buat bekas hantaran, macam cun jugak.hehe.saya ada beli saiz sederhana untuk simpanan. :) .. harga dah la murah, yang kecik sekali bersaiz pinggan nasi, baru RM20-RM25..yang paling besar RM35-RM40..


ha..yang ni pulak ukiran dari kemuning hitam. Kata orang asli, kalau kena buatan orang, boleh kikis sikit, masuk dalam air, minum. tak pasti sejauh mana kemujarabannya. kayu ni luar dan dalam warna hitam. bukan diwarnakan tau..harga berbeza ikut ukiran. boleh rujuk kat bawak...

Keris, selalu dijual RM40, katanya paling murah...selalu jual RM50..saiz lebih kurang 1/2 meter (main agak je saiz)..



Kedua-dua ukiran ni pulak tak pasti bentuk apa, tapi banyak orang cina beli. Mesti ada kaitan ngan kepahlawanan cina dulu kot. apa-apa pon cantik jugak bentuk nye..harganya RM35..



Banyak lagi hasil kraft tangan dari orang asli, tapi ini je yg dapat diambil gambar. Kalau nak order, boleh jugak email ke email bigfieldgurl@gmail.com (saya bagi nombor contact diorang kemudian), mana tau kot ada yang nak buat door gift utk apa2 majlis. Jangan risau, email on 24 hours. So kebarangkalian untuk tak baca email adalah rendah. :)  



Singapore 2011

Singapore...... memandangkan universal studio baru bukak, saya dan sahabat baik ambil kesempatan untuk ke sana waktu orang lain tengah sibuk celebrate new year. Sangat la best. Tapi utuk kesana, pastikan ticket masuk dah ditempah dan di bayar awal. tiket masuk sangat terhad.

so, lepas perancangan yang rapi di buat, kitorang pon book la hotel, dekat Johor. Tune hotel. murah dan selesa. lagi satu faktor penting, ada bas awal pagi ke universal studio. ni la hasilnya, gambar-gambar yang di ambil semasa visit tu. termasuk jugak gambar hotel, so korang judge la sendiri.


Ni keadaan bilik dekat tune hotel. ini bilik untuk 2 org.sgt kemas, err...beg tu mengganggu pandangan pulak..huhu


ni pulak keadaan washroom nyer...bersih, itu yang penting..

ok, jom tgk view dekat Universal Studio pulak...


Trademark universal studio.

bersama heroku...PO...not so hungable, tak macam dalam kartun...huhu

Syiling Singapore...ini pon kena rekod...hehehe

Miss Gingy in action....behind this, my best friend...:p

Dragon ride. latihan sebelum naik mummy ride. Mummy ride of course la cannot ambik gambar, gelap dan ngeri...tapi semua kena try tu...banyak lagi ride yg tak diambil gambar. memang adik beradik genting la..tapi lagi best punya version.
Ha, ni free show dekat luar. mula pukul 9.30 malam tiap hari. nama pertunjukan ni 'crane dance'..sangat unik and touching (untuk yang faham jalan ceritanye la.).  ni salah satu aktiviti yang kena buat ni...

Banyak lagi la gambar yang di ambil. memang sehari suntuk lah kt dalam kawasan Universal studio tu. rugi jugak ramai character yang tak boleh ambik gambar, ramai sangat orang..:( yang penting, semua dah rekod di dalam otak ni..Suggested untuk semua level masyarakat.

Sebagai nasihat kepada sesiapa yang nak ke sini, boleh lah bermalam di tune hotel, book skali dengan bus trip. pastikan ambik trip yg paling awal, supaya tak sangkut dekat emigresen (ramai orang)..cost involve cuma lah hotel + bus + entrance fee +shopping...sangat berbaloi...

things should do:
1: Mummy ride
2: Jurasic park ride
3: 4D shrek show
4: Madagascar dance show
5: The making of film (tak sure nama betol, tapi ada 2 show yang menunjukkan cara pembuatan filem, dan lagi satu ada aksi oleh pelakon ala rambo kat sana.)

apa lagi ea..tak ingat lagi dah..tapi list tu akan diberikan sebelom masuk. kalau takde sila lah minta dari diorang. Sila plan mana mau pergi first, missed the show, maksudnya takle la tengok..:D

Intro....:)

Marzsrayya = blog pelbagai bagi berkongsi macam-macam agenda, kerja jugak aktiviti harian. Dalam blog ni, akan di paparkan macam-macam write up termasuklah hasil kerja tangan, jalan-jalan ke pelbagai tempat, herba sekeliling kita, aktiviti, dan macam2 lagi la...ehm..mungkin kekadang tu boleh masuk bab makanan sekali, kalau dah berjalan, mesti nak makan, kan?
pendek kata, apa saja yang berkaitan dengan manusia sejagat juga hidupan atau makhluk yg hidup sekeliling kita. so, kalau ada info tambahan atau comment, yang berguna, kita bolehlah share sama2, terutamanya bahagian herba atau perubatan traditional. Untuk hubungi saya, boleh lah email ke bigfieldgurl@gmail.com. Email ni on 24 jam, insyaallah kita boleh berkongsi pendapat tentang apa saja.